Sunday 18 March 2012

DENGAN BERITA-BERITA  BEGINI  MEMBUATKAN   RAMAI  IBU BAPA DI LUAR SANA MERASA TIDAK SELAMAT UNTUK MEMBERI RUANG PADA KANAK-KANAK  BERMAIN  SEPERTI  TAMAN PERMAINAN  ATAU  DI MANA SAJA.. MEREKA  TIDAK  SELAMAT.. 


PERSEKITARAN  DALAM MASYARAKAT  HARI  SUNGGUH  MERAGUKAN  DAN  MENIMBULKAN RAS TIDAK  SELAMAT  DALAM KALANGAN  IBU BAPA. 


NAMUN  DALAM MASA YANG SAMA JUGA, PERKEMBANGAN  KANAK-KANAK  TURUT TERGANGGU. BERMAIN  JUGA  ADALAH  AKTIVITI  YANG  MEMBERIKAN  PELUANG  KANAK-KANAK  UNTUK  BELAJAR.. BELAJAR  SAMBIL  BERMAIN..


SALAH SATU TEKNIK  KANAK-KANAK MEMPELAJARI  SESUATU.. NAMUN  DENGAN PERSEKITARAN  YANG  MENGANCAM SEPERTI HARI INI, SEGALANYA AKAN TERBATAS  KEPADA  KANAK-KANAK DI LUAR SANA..

ISU SEMASA PSIKOLOGI MANUSIA

APAKAH  SEBENARNYA  YANG DI DALAM  FIKIRAN  MANUSIA INI.. SANGGUP  MELAKUKAN  KEKEJAMAN  TERHADAP ADIK  KECIL INI..


JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan. 
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25. Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam. 
Rangka manusia itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi dalam sebuah lubang yang baru digali di ladang itu, 3.5 kilometer dari rumah mangsa jika melalui jalan ladang dan 20 kilometer mengikut laluan biasa. 
Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu. 
Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan. 
Sehingga ini, polis menahan empat individu termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan. 
Serpihan rangka manusia yang dibakar itu ditemui orang ramai lapan hari selepas kehilangan mangsa tetapi polis pada mulanya menyangka rangka itu individu dewasa berikutan saiznya, 
Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia itu dibakar lebih daripada lima hari hingga sukar untuk mengenal pasti identiti serta jantinanya. 


APABILA MANUSIA BERTINDAK  DI LUAR BATASAN FIKIRAN  DAN  GAGAL  MENGGUNAKAN  AKAL  YANG  DIBERIKAN  TUHAN  KEPADANYA..

Friday 9 March 2012

Wadah   Pertama Dariku..

Setiap individu memerlukan psikologi KERANA..
psikologi adalah ilmu yang mengkaji tentang tingkahlaku manusia dan hubungan dengan persekitaran kelompok manusia.